Perlindungan, perubatan, hibah dan legasi - dirancang dengan teliti, mengikut keperluan anda. Bersama Prestige Legacy (PruBSN Takaful). Jelas, telus, dan tanpa tekanan jualan.
Kenapa Takaful
Patuh Syariah
Bebas riba dan gharar, diawasi Majlis Penasihat Syariah.
Tolong-menolong
Sumbangan anda disalurkan ke dalam dana bersama yang membantu ahli ketika ditimpa musibah.
Hibah & legasi
Tinggalkan warisan yang teratur untuk waris, bukan sekadar perlindungan musibah.
Kenapa Dengan Saya
Saya seorang jurutera perisian - tugas saya memang menjadikan perkara yang rumit lebih mudah difahami. Saya menggunakan pendekatan yang sama untuk takaful: menerangkan dengan jelas dan menyusun mengikut keperluan anda, tanpa skrip jualan dan tanpa istilah yang berat.
Mula Hari Ini
Perbincangan di sini bersifat pendidikan. Sebarang cadangan produk atau kontrak rasmi dibuat melalui saluran takaful berlesen yang sewajarnya.